Bismillah.Assalamualaikum.
Haruslah cerita Apik lagi untuk hari ini.
Okeyh!malam semalam Apik tak boleh tidur. Ya...Apik sebenarnya letih, tapi tak dapat tidur dengan lena dan selesa. Dia dah mula rasa sakitnya. Minta abah bawak ke klinik untuk rawatan. Macam budak kecil. Abah bawa naik kereta pusing sampai ke bandar Raub...ermm...abah kata tak pergi klinik pun, Apik tidur dalam kereta. Sampai rumah dia tidur sekejap je, tak dapat lena. Dia ulang alik baring atas katil, tilam kat depan, bilik lagi, katil lagi, berapa kali entah la. Pastu ke dapur buka tudung saji kata lapar...alahai cian along tengok.
Pagi-pagi, pukul 6, cikgu datang jemput adik pergi sekolah, Apik cepat-cepat buka pintu, salam cikgu. Masuk dalam rumah panggil adik, suruh adik cepat. Dia tengok adik solat, dia keluar balik bagi tau cikgu adik solat, masuk balik suruh adik cepat..hehe...Tiba-tiba Apik kata nak balik kedah. Haishh...susah macam ni. Teringat kawan-kawan agaknya, dia kata kawan-kawan dia ada kat sana.
Apik nak buka facebook, tapi tak ingat password. Apik kata "Aku susah nak ingat la along" >.<
okey tak apa la, nanti ingat la tu. Mungkin Apik rasa sakit lagi, ajak abah pergi klinik lain pula. T_T. Oleh kerana hari ni hari jumaat, maka dia kena tunggu abah sedikit lama. Macam biasa la, ulang alik ke depan, ke bilik, ke depan, ke bilik, badan Apik cepat berpeluh. Bila along tengok, "Apik meh sini along nak lap peluh" Apik datang berdiri kat along pastu hala muka kat along, lepas mandi minta along lap kan badan dia yang basah tu...alahai...comelnya la..
Ada orang datang la...Nanti sambung lagi la ye....^_^
Wassalam.
If Allah brings you to it,He will brings you to through it|In every moments thank Allah :)
Friday, September 30, 2011
Thursday, September 29, 2011
Apik:3Hari di Rumah
Bismillah.Assalamualaikum.
Hari ni dah 20hari dari Apik kemalangan (10/9/2011). Setelah berpindah dari 4 buah hospital (Hospital Seberang Jaya - Hospital P.Pinang - Hospital Kuala Lumpur - Hospital Raub) akhirnya dapat juga Apik balik rumah hari Selasa(27/9/2011). Situasi perjalanan di semua hospital adalah berbeza. Kecederaan yg dialami di bahagian tangan kanan dan berdekatan ketiak tu terkoyak. T_T aku tengok rupa isi yg terkeluar tu, hanya Allah yang tau bagaimana rasanya, Jari tengah tangan kanan patah, dan yang paling serius walaupun tak nampak pada zahirnya terdapat darah beku dalam otaknya dan frontal lobe syndrome (nanti cerita kemudian ye).
Okeyh!sebenarnya dah lama nak meng'update' ini blog dan mau cerita banyak perkara, tapi haruslah cerita pasal kepulangan Apik ke rumah dulu, sudah 3 hari di rumah..
27/9/11 selasa :
Apik sampai rumah dalam area pukul 1, terus masuk bilik..jalan2 dalam rumah, depan rumah, keliling rumah. Dia kata jalan nak balik rumah tu macam lain je, macam tak pernah tengok. Apik memang tak boleh duduk lama, masa kat hospital pun dia akan duduk tak sampai 1 minit dia akan mula berjalan semula. Mengulangi perbuatan yang sama. Alhamdulillah di rumah dia nampak lebih elok, senyum je.
Petang sikit ada la orang2 kampung datang melawat dia. Bila dia nampak je orang datang dia akan pergi ke pintu dan ajak orang tu masuk, dan salam2. Then dia suruh la along dia buat air...kemudian datang lagi orang lain dia akan ulang lagi suruh along buat air. 4 kali ke dapur suruh along buat air T_T..Lepas tu nak ikut pulak kawan2 main bola. Dia kata tengok aje.
Malam pula, kami semua tidur kat ruang depan. hehe..bagi memastikan dia tidak berjalan keluar rumah. Alahmdulillah dipermudahkan, dia hanya berjalan dari bilik ke bilik dan ruang depan. Kesian, dia kata tak boleh tidur, susah nak tidur.Terharu sangat bila dia kata " Bagi kebesaran Allah pada aku long", "Macam mana nak tengok keajaiban". Mak yang dah tidur pun terjaga dengar dia berjalan. Memang tak boleh tidur lena. Berapa kali entah dia pergi mandi.Then dia gerak abah, dia kata ada masalah banyak..yes, tak boleh bagi dia stress. Abah bangun dan layan dia, baiki suiz kipas yang tercabut tu. ralit dia tengok. Rasanya lebih pukul 2 pagi baru dia tidur. Esok pagi tengok2 tidur dalam bilik mak.Alhamdulillah.
28/9/11 Rabu:
Masa aku bagun pagi tengok dia dah sarapan. Lepas tu tidur lagi. Dia nampak abah keluar naik motor pergi buang sampah, dia pun mula la berjalan kedepan pintu menunggu abah, "kenapa abah tak balik lagi'..jalan lagi ulang alik, dia tanya pula "kenapa abah lama sangat"...along dan mak memberi jawapan yang sama .^_^. 'abah pergi buang sampah,bagi makan ikan, pergi kedai..jap lagi balik la tu'. Sekarang apik macam budak2 perangai dia. Pakai baju pun suruh abah,suruh along. Nak pakai baju ke tidak pun tanya dulu. Bila abah balik suruh abah letak ubat pada luka dia. Hari ni dia boleh tidur siang dah. Lama juga, bangun ketandas, makan dan tidur semula.Jadi dia tak perlukan ubat tidur.
Petang pula abah bawa ronda2 naik motor, ke sangkar, ke kedai, ke padang tengok budak main bola. Pandai pula suruh abah balik rumah kalau2 ada kerja nak buat..hehehe...
Sebelum Maghrib tetiba dia kata nak solat, alhamdulillah masih ingat pada solat walaupun entah la solat apa dan berapa rakaat solatnya. Lepas tu dia kata sakit badan. Minta abah bawa ke klinik, tak tahan dah, sayu je dengar apik kata sambil peluk abah "Abah bawa la Apik g klinik, Apik tak tahan la, abah tolong la, Apik merayu sangat kat abah"...emm..mungkin Apik dah mula merasa sakit pada lukanya. Saraf dah mula menghatar maklumat pada otaknya apa itu rasa sakit. Dia kata lagi kat along pula " Tak tahan ujian Allah bagi ni along". Abah jawab "Allah bagi ujian bukan sia-sia". Then lepas solat abah pun bawa g klinik.
Sampai kat rumah terus nak makan ubat. MA kat klinik tu kata mungkin secara psikologi nya dia rasa sakit,sebab kepala dia sakit. sebab kalau sakit takkan la dia berjalan2 xmoh dok diam kan...hehe..lepas makan ubat sempat lagi ajak abah mengeteh, aishh...Rokiah satay tu..means dia dah ingat yang kami selalu makan satay kat situ..then dia mula mengantuk memang lena la tidurnya, sampai pagi...
29/9/11 Khamis:
Pagi-pagi lagi Apik dah bangun, abah mandi kan, kalau mandi sendiri entah la sabun ke tidaknye kan. Abah Mak bawa dia pergi pasar dan bayar bil. Mak kata dia menjerit kat bandar sebab abah kunci pintu kereta..hehe..kalau dia jerit bingit la telinga kan...balik rumah dia lena dalam kereta, then sambung kat rumah. Nak ajak abah g ronda2 ke sangkar. Hari panas terik jadi suruh dia tidur, dia bangun cari makan kat dapur. lepas makan tidur balik.
Okeyh, memang pantang dengar along start kereta, terus keluar nak ikut..huhu...abah pujuk kata nanti jalan dengan abah. Dia masuk balik. Apik perlu tidur yang cukup untuk rehat kan fikiran. Dalam 3 hari ni nampak perkembangan yang baik. Insyallah Apik akan sembuh.
Terima kasih kepada semua keluarga, sanak saudara dan rakan2 yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Syafiq juga memberi sumbangan baik dari segi kewangan dan moral. Semoga Allah memberi kebaikan buat kalian. yup!mungkin dia kehilangan sebahagian memorinya but emotionally he can feel all the loves u guys gave him..InsyaAllah..
Subscribe to:
Comments (Atom)

