Tuesday, August 21, 2012

Cerita keldai dan kaitanya dengan kehidupan

Bismillah.Assalamualaikum.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima(amalan) dari kami dan dari kamu. Selamat hari raya Aidilfitri.Syawal 3.Belum terlambat rasanya untuk membuat ucapan raya.

Pernah dengar cerita tentang seorang ayah, anak dan seekor keldai? Pagi-pagi aku buka tv dan tengok cerita katun. Cerita tentang seorang ayah, anaknya dan seekor keldai. Aku pasti ramai yang tahu. Tak tahu? atau tak pernah dengar? atau lupa?. Aku ceritakan secara ringkasnya.

Kisah seorang ayah dan anaknya yang mempunyai seekor keldai. Si ayah dan si anak berjalan masuk ke pasar yang sibuk sambil menarik keldai. Maka ketika berjalan datang orang yang mengatakan alangkah bodohnya, apa gunanya keldai itu kalau tidak dinaiki . Kemudian, si ayah menaiki keldai, manakala si anaknya berjalan. Maka di kritiklah oleh segolongan manusia di pasar, alangkah tidak bertimbang rasa si ayah membiarkan anaknya berjalan. Maka si bapa turun menyuruh anaknya menaiki keldai itu. Setelah berjalan beberapa langkah, maka berkatalah manusia lain pula, alangkah kurang ajarnya si anak tadi tidak menghormati orang tua. Maka kedua-dua si bapa dan anak itu menaiki keldai itu, akan tetapi malangnya dikritik lagi oleh segolongan manusia yang lain dengan kata mereka; alangkah zalimnya 2 orang menaiki keldai, menyeksa haiwan.

Begitulah secara ringkasnya cerita itu. Dalam buku karangan kisah ini oleh Ustaz Abdullah Al-Qari, dia menulis bahawa si ayah selepas itu menasihati anak “Wahai anakku, setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari kritikan manusia, oleh itu, hendaklah segala pertimbangan dan keputusan dilakukan sejajar dan selari dengan ajaran islam.

Apa kes cerita keldai dihari raya?

Jawapannya, kerana aku tengok cerita tu pagi raya. 

Okeyh. aku nak kaitkan cerita keldai dengan senario dalam dunia kehidupan kita. Walau apa pun yang kita buat, walau apa pun yang usahakan, walau apa pun keputusan yang kita ambil untuk hidup kita, pasti akan di kritik manusia, pasti ada mulut yang mengomen-ngomen itu dan ini.

Semua orang melalui situasi yang sama. kan?
Pendek kata, setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari kritikan, komen-mengomen, tuduh-tuduhan mungkin juga sedikit pujian. sikit. Ada di antara mereka sangat bagus dalam memberikan pendapat, tetapi ada juga yang menyerlahkan kekurangan cerdiknya dengan komen-komenannya.. Walaupun sebagus dan sehabis baik kita lakukan, masih lagi tidak terlepas dari kritikan dan komen. Tetapi untuk berjaya, lihatlah kritikan itu dari sudut pandangan positif then carilah hujahnya supaya boleh dipatahkan semua kritikan itu, untuk menjadikan kita lebih baik dan tabah. Well, bukan semua orang suka kita. kan?

Dalam hidup ni, orang yang paling arif tentang diri kita ialah kita sendiri. TETAPI yang paling arif sudah pasti ALLAH s.w.t. Allah Maha Mengetahui. Semua yang berlaku dalam hidup kita datangnya dari Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. Everything happened for reasons. Tiada kebetulan. Semuanya dalam perancangan Allah yang Maha Bijaksana, Pengasih lagi Maha Penyayang. Semuanya di tangan Allah untuk hidup kita di dunia ni sehingga menuju Akhirat sana. Dalam dunia ni Allah bagi kita peluang untuk mencari dan meminta padaNya.

Maka dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, tanyalah Allah, pasti ada jawapannya. Setiap apa yang Allah berikan tidak pernah sia-sia. Anggaplah setiap yang datang itu ujian buat kita. Janganlah lupa apa yang kita rasakan nikmat itu juga ujian, dan ujian itu adalah nikmat. Jangan syok sangat dengan kegembiraan sehingga lupa landasan Allah.

One of my best friend asked :: kau percaya tak, people can die because of human expectation?

Jawapan aku, No!people die because Allah dah tentukan masanya telah tiba, dan tamatlah tempohnya di dunia ini. Mati itu pasti, bila dan bagaimana telah ditentukan Allah sebagai sebabnya. 

Seperti yang aku katakan tadi, pandanglah dengan positif. Jadikan apa yang orang komen pada kita tu sebagai langkah untuk buat kita jadi lebih kuat. Kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang. Biarlah orang menilai kita itu dan ini, tapi kita ada Allah yang dah aturkan sesuatu yang terbaik buat kita dan kita tahu apa yang kita lakukan itu tidak salah pada pandangan Allah. Anggaplah orang-orang yang komen kita ni Allah datangkan untuk bantu kita lebih kuat dan lebih rapat dengan Allah.

Kalau orang mengomen-ngomen kita, 
Tak dapat buat Master?pointer tak bagus la tu, masa belajar degree dulu banyak main(padahal dia tak tau azab nak habiskan study tu kan, tak tidur kau study)
Knape tak jadi bertunang?erm, tu la tak selidik elok-elok budak tak bagus tu.
Baru berapa hari bertunang dah putus, kau ni adalah tu mende tak kene.
Umur dah berapa ni tak kawen-kawen lagi, nanti tak laku la, dah tua takde orang nak, keje tinggi-tinggi nanti orang takut.perempuan ni blaja tinggi pun ke dapur jugak.(ober kau makcik).

Dan.....aku rasa banyak lagi komen-komen yang boleh buat kita rasa tensi sangat-sangat. Orang ni kata begitu, orang tu pulak kata begitu, orang ni kata begini, kadang-kadang termasuklah juga dari kalangan keluarga kita. Ermm..mungkin mereka tu cuba memberi pandangan dan pendapat kepada kita dengan gaya yang berbeza. Gaya sentap makan dalam. Kalau 'komentar' mereka itu boleh buat kau,kau,kau dan kita rasa menyampah seolah-olah rasa nak hempuk. Perkara pertama yang perlu buat ialah, abaikan la apa yang mereka katakan jika takde pekdahnye, sebab takde untungnya bagi dia pun, takde juga untungnya bagi kita. Kedua, maafkan lah mereka si tukang komen itu. yela, mungkin kita juga pernah mengomen orang tanpa kita sedar dan tak disengajakan. kita kan manusia yang tak lepas dari kesilapan. tak ikhlas? Yela.mungkin bertahun-tahun takleh lupakan. Asal raya jumpa dia, tiap tahun muka dia komen sama.haha! Memang payah untuk ikhlas, tak semudah abc 123. Mintalah pada Allah supaya hati kita iklas dalam memaafkan orang lain. Berusaha mengikhlaskan hati!Insyallah, Allah akan jaga dan pelihara hati kita, takkan lah kalau kita dah usaha Allah tak bagi. Ketiga pulak, mohon pada Allah supaya sentiasa lorongkan jalan terbaik buat hidup kita.

So, dengan mengingati Allah hati akan tenang. Bersyukurlah pada Allah sebab temukan kita dengan orang sedemikian ye, kalau Dia tak datangkan orang cenggitu, mungkin kita takkan kuat untuk dekat dengan Allah. Allah bagi kita masalah, ujian, dugaan sebab Dia sayang pada kita. Dia mengetuk pintu hati kita untuk dekat dan ingat Dia. Yela, banyak orang bila gembira lupa Allah, dah sedih-sedih baru nak ingat Allah. Semoga kita jadi orang yang sentiasa punya Allah dalam setiap saat hidup kita dan tindakan kita. Kadang-kadang kita perlu juga berterima kasih pada tukang-tukang komen yang sentap itu.
Kesimpulannya,
Setiap apa yang kita lakukan takkan terlepas dari kritikan manusia. Jadi buatlah keputusan dengan pertimbangan akal yang waras dan berlandaskan hukum Allah.

 

Friday, July 20, 2012

Hayatilah Ramadhan kita dengan jiwa

Bismillah.Assalamualaikum.

Seperti kebiasaan aku selepas 'mencantikkan' rupa paras blog aku ni. Ia akan sleeping beauty dengan jayanya mengikut kadar yang tidak tentu. -_-''. Jadi, pada kala ini aku sedang berusaha mengerakkan ia dari ketiduran.hehe.Moga memberi manfaat pada kalian..erkk?kalau ada pembacanya.InsyAllah.

 [pic credit to Abg.Goog]

Ok2,kedengaran di skrin-skrin tv dan corong lorong radio dirumah-rumah seluruh negara ini telah pun mengumumkan bahawa 1 Ramadhan bersamaan Sabtu, 21/07/2012 (kelender tahun ini). Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan. Maka, masih belum terlewat untuk merencanakan aktiviti2 yang boleh diikuti bagi peningkatan kerohanian jiwa dan nurani. Lately banyak yang share di Fecebook tentang kelebihan Ramadhan, kelebihan ibadah puasa, tak kurang juga dengan persediaan menerima Ramadhan, sehinggalah amalan2 dan aktiviti2.

Oleh itu,aku juga ada sedikit perkongsian dan peringatan untuk semua, terutama diri aku sendiri.
Tadi siang, aku terbaca ini di dinding muka buku seorang rakan(skemanye T_T haha!)
“Aim kita bukan sekadar nak khatam je waktu bulan Ramadhan ni.” Ujar Akmal sambil melunjurkan kaki.
“Hmm?” Dah tu?
“Bagi aku,lebih kepada untuk dihayati.Tak apa kalau tak khatam pun.” Akmal senyum. “Apa guna kalau khatam baca tapi erti kefahaman ayat-ayat tu sendiri hilang.”
Fend terdiam.
“Macam ada satu ayat dalam surah al-Baqarah ada sebut.Ayat 185 kalau tak silap.Ayat yang sebut pasal nuzul Quran.” Akmal membetulkan letak sandar. “Ayat tu cakap pada bulan Ramadan ni diturunkan al-Quran, untuk jadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan jadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
“Kau hafal?” Memang kagum sungguh.
Akmal hanya ketawa. “Aku selalu dengar orang sebut.” Ujarnya. “Back to the point,ayat lu titikberatkan peranan al-Quran tu sebagai petunjuk dan panduan.Kira void la kalau kita khatam tapi totally missing the major point sebab Quran tu diturunkan.”
Fend renung siling masjid.
“Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.”
Fend sengih kelat.Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berapa sangat la kot,sebab dia bukan kaki buku macam K².Tapi kalau untuk feel tu,dia boleh relate dengan feel pada lagu-lagu.Memang faham sangat. [ Hlovate-versus]
Ini petikan dari novel Versus-Hlovate. Aku bukan nak cerita pasal novel ye. Apa yang aku nak sampaikan ialah isi dari petikan diatas. Ya, ramai orang yang aim nak khatam baca Quran dalam bulan Ramadhan ni. Bagus2, niat dan cita-cita yang murni meraikan Ramadhan. Berlumba-lumba pulak sapa yang habis dulu. Tambah pulak dengan niat untuk berubah kearah yang lebih baik. Tak bertudung, nak pakai tudung, yang malas ngaji nak rajin ngaji, nak bersedekah n etc. Alhamdulillah.niat pun dah dapat pahala.

Antara lain kelebihan Madrasah Ramadhan dalam menahan lapar dan dahaga, adalah untuk merehatkan perut yang duk melantak je tu.Selain tu, untuk mengingatkan kita pada orang yang susah,nak dapat makan pon payah.
 Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Tapi yang menjadi kebiasaan orang-orang, bila tiba je bulan Ramadhan ni, sibuk pasal makanan, bila ke bazar tu, macam-macam lah teringinnya, kalah ibu mengandung. Nanti berbuka, tak habis membazir je.Aduhai.tengok la orang Somalia yang tak makan tu, sedangkan kita mewah dengan makanan. Larilah dari landasan madrasah Ramadhan yang menginsafkan. Tak salah kalau nak mencuba resepi baru ke, menu2 yang tak pernah buat sebelum ni ke, yang penting kita ber-ala kadar.Sederhana.

Mata sudah mengantok, maka terus kepada konklusinya. Aku rasa, rata-rata orang tahu dan selalu di ingatkan dengan kelebihan dan fadhilat berpuasa Ramadhan. Tapi ramai yang terlupa atau tak perasan dengan penghayatan yang sepatutnya Ramadhan. Sebenarnya,dengan penghayatan tu lah yang boleh membantu kita untuk meningkatkan diri, menghayati dengan jiwa kan. Macam Akmal diatas kata la, baca novel leh sampai nangis2 punyalah feel nya kan. Kalau Al-Quran kita feel kan juga macam tu, insyAllah perubahan itu akan kekal walaupun Ramadhan berlalu. Barulah kira memanfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya.

Hayatilah Ramadhan dengan jiwa hamba, InsyAllah beroleh nikmatNya.
Wassalam.

p/s: sila betulkan jika aku tersalah. :)