Bismillah.Assalamualaikum.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima(amalan) dari kami dan dari kamu. Selamat hari raya Aidilfitri.Syawal 3.Belum terlambat rasanya untuk membuat ucapan raya.
Pernah dengar cerita tentang seorang ayah, anak dan seekor keldai? Pagi-pagi aku buka tv dan tengok cerita katun. Cerita tentang seorang ayah, anaknya dan seekor keldai. Aku pasti ramai yang tahu. Tak tahu? atau tak pernah dengar? atau lupa?. Aku ceritakan secara ringkasnya.
Kisah seorang ayah dan anaknya yang mempunyai seekor keldai. Si ayah dan si anak berjalan masuk ke pasar yang sibuk sambil menarik keldai. Maka ketika berjalan datang orang yang mengatakan alangkah bodohnya, apa gunanya keldai itu
kalau tidak dinaiki . Kemudian, si ayah menaiki keldai, manakala si
anaknya berjalan. Maka di kritiklah oleh segolongan manusia di pasar,
alangkah tidak bertimbang rasa si ayah membiarkan anaknya berjalan. Maka
si bapa turun menyuruh anaknya menaiki keldai itu. Setelah berjalan
beberapa langkah, maka berkatalah manusia lain pula, alangkah kurang
ajarnya si anak tadi tidak menghormati orang tua. Maka kedua-dua si bapa dan anak itu menaiki keldai
itu, akan tetapi malangnya dikritik lagi oleh segolongan manusia yang
lain dengan kata mereka; alangkah zalimnya 2 orang menaiki keldai,
menyeksa haiwan.
Begitulah secara ringkasnya cerita itu. Dalam buku karangan kisah ini
oleh Ustaz Abdullah Al-Qari, dia menulis bahawa si ayah selepas itu
menasihati anak “Wahai anakku, setiap apa yang kita lakukan tidak akan
terlepas dari kritikan manusia, oleh itu, hendaklah segala pertimbangan
dan keputusan dilakukan sejajar dan selari dengan ajaran islam.
Apa kes cerita keldai dihari raya?
Jawapannya, kerana aku tengok cerita tu pagi raya.
Okeyh. aku nak kaitkan cerita keldai dengan senario dalam dunia kehidupan kita. Walau apa pun yang kita buat, walau apa pun yang usahakan, walau apa pun keputusan yang kita ambil untuk hidup kita, pasti akan di kritik manusia, pasti ada mulut yang mengomen-ngomen itu dan ini.
Semua orang melalui situasi yang sama. kan?
Pendek
kata, setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari kritikan,
komen-mengomen, tuduh-tuduhan mungkin juga sedikit pujian. sikit. Ada di antara mereka sangat bagus dalam memberikan pendapat, tetapi
ada juga yang menyerlahkan kekurangan cerdiknya dengan komen-komenannya.. Walaupun
sebagus dan sehabis baik kita lakukan, masih lagi tidak terlepas dari
kritikan dan komen. Tetapi untuk berjaya, lihatlah kritikan itu dari
sudut pandangan positif then carilah hujahnya supaya boleh
dipatahkan semua kritikan itu, untuk menjadikan kita lebih baik dan tabah. Well, bukan semua orang suka kita. kan?
Dalam hidup ni, orang yang paling arif tentang diri kita ialah
kita sendiri. TETAPI yang paling arif sudah pasti ALLAH s.w.t. Allah Maha Mengetahui. Semua yang berlaku dalam hidup kita datangnya dari Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. Everything happened for reasons. Tiada kebetulan. Semuanya dalam perancangan Allah yang Maha Bijaksana, Pengasih lagi Maha Penyayang. Semuanya di tangan Allah untuk hidup kita di dunia ni sehingga menuju Akhirat sana. Dalam dunia ni Allah bagi kita peluang untuk mencari dan meminta padaNya.
Maka dalam setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, tanyalah Allah, pasti ada jawapannya. Setiap apa yang Allah berikan tidak pernah sia-sia. Anggaplah setiap yang datang itu ujian buat kita. Janganlah lupa apa yang kita rasakan nikmat itu juga ujian, dan ujian itu adalah nikmat. Jangan syok sangat dengan kegembiraan sehingga lupa landasan Allah.
One of my best friend asked :: kau percaya tak, people can die because of human expectation?
Jawapan aku, No!people die because Allah dah tentukan masanya telah tiba, dan tamatlah tempohnya di dunia ini. Mati itu pasti, bila dan bagaimana telah ditentukan Allah sebagai sebabnya.
Seperti yang aku katakan tadi, pandanglah dengan positif. Jadikan apa yang orang komen pada kita tu sebagai langkah untuk buat kita jadi lebih kuat. Kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang. Biarlah orang menilai kita itu dan ini, tapi kita ada Allah yang dah aturkan sesuatu yang terbaik buat kita dan kita tahu apa yang kita lakukan itu tidak salah pada pandangan Allah. Anggaplah orang-orang yang komen kita ni Allah datangkan untuk bantu kita lebih kuat dan lebih rapat dengan Allah.
Kalau orang mengomen-ngomen kita,
Tak dapat buat Master?pointer tak bagus la tu, masa belajar degree dulu banyak main(padahal dia tak tau azab nak habiskan study tu kan, tak tidur kau study)
Knape tak jadi bertunang?erm, tu la tak selidik elok-elok budak tak bagus tu.
Baru berapa hari bertunang dah putus, kau ni adalah tu mende tak kene.
Umur dah berapa ni tak kawen-kawen lagi, nanti tak laku la, dah tua takde orang nak, keje tinggi-tinggi nanti orang takut.perempuan ni blaja tinggi pun ke dapur jugak.(ober kau makcik).
Dan.....aku rasa banyak lagi komen-komen yang boleh buat kita rasa tensi sangat-sangat. Orang ni kata begitu, orang tu pulak kata begitu, orang ni kata begini, kadang-kadang termasuklah juga dari kalangan keluarga kita. Ermm..mungkin mereka tu cuba memberi pandangan dan pendapat kepada kita dengan gaya yang berbeza. Gaya sentap makan dalam. Kalau 'komentar' mereka itu boleh buat kau,kau,kau dan kita rasa menyampah seolah-olah rasa nak hempuk. Perkara pertama yang perlu buat ialah, abaikan la apa yang mereka katakan jika takde pekdahnye, sebab takde untungnya bagi dia pun, takde juga untungnya bagi kita. Kedua, maafkan lah mereka si tukang komen itu. yela, mungkin kita juga pernah mengomen orang tanpa kita sedar dan tak disengajakan. kita kan manusia yang tak lepas dari kesilapan. tak ikhlas? Yela.mungkin bertahun-tahun takleh lupakan. Asal raya jumpa dia, tiap tahun muka dia komen sama.haha! Memang payah untuk ikhlas, tak semudah abc 123. Mintalah pada Allah supaya hati kita iklas dalam memaafkan orang lain. Berusaha mengikhlaskan hati!Insyallah, Allah akan jaga dan pelihara hati kita, takkan lah kalau kita dah usaha Allah tak bagi. Ketiga pulak, mohon pada Allah supaya sentiasa lorongkan jalan terbaik buat hidup kita.
So, dengan mengingati Allah hati akan tenang. Bersyukurlah pada Allah sebab temukan kita dengan orang sedemikian ye, kalau Dia tak datangkan orang cenggitu, mungkin kita takkan kuat untuk dekat dengan Allah. Allah bagi kita masalah, ujian, dugaan sebab Dia sayang pada kita. Dia mengetuk pintu hati kita untuk dekat dan ingat Dia. Yela, banyak orang bila gembira lupa Allah, dah sedih-sedih baru nak ingat Allah. Semoga kita jadi orang yang sentiasa punya Allah dalam setiap saat hidup kita dan tindakan kita. Kadang-kadang kita perlu juga berterima kasih pada tukang-tukang komen yang sentap itu.
Kesimpulannya,
Setiap apa yang kita lakukan takkan terlepas dari kritikan manusia. Jadi buatlah keputusan dengan pertimbangan akal yang waras dan berlandaskan hukum Allah.

No comments:
Post a Comment