Ramadhan Kareem~hari ni 1 Ramadhan 1434H
Selamat berpuasa buat semua umat Islam seluruh dunia.
Semalam boss aku bagi sehelai kertas, "tazkirah" katanya...aku baca~dan....Subhanallah, sungguh hebat kuasa Allah...kajian warna dalam waktu solat terhadap kesihatan :) sangat teruja. Sebenarnya memang banyak dan sangat banyak kelebihan solat, jadi dalam entri ni, aku nak share apa yang aku baca tu~
Sila baca dibawah ye..orang dah tolong kaji, kita baca je, moga terbuka mata hati...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tulisan
Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam beberapa kajiannya tentang solat bersama
dengan Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, Kajian Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM)mengenai kesan solat ke atas
tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan
yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas
jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Kajian ini juga telah
diperluaskan lagi dengan beberapa kajian pengukuhan tentang bertapa pentingnya
solat menjaga kesihatan.
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam
iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat
Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya
berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING
menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning
ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..hehe). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih , merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay ^___^ dah baca semua...ucapkan lah Subhanallah, Allah maha besar, Allah maha hebat kan...tidak satu pun perkara yang Allah perintahkan kepada kita yang sia-sia...kita lihat pada SOLAT yang kita tiap2 hari buat, minimum 5x sehari (yang wajib), belum tambah yang sunat2 lagi kan...setiap pergerakan ada kebaikan dan hikmah yang Allah bagi pada kita, pada jiwa dan juga kesihatan kita -dengan izinNya- Hebatkan..Allah bagi pelbagai cara untuk kita jaga kesihatan...macamana la orang yang tak solat tu...
Bukan setakat jaga kesihatan tubuh badan semata-mata, tapi juga kesihatan rohani dan jiwa kita...sebab tu dalam dunia ni ada pelbagai warna yang indah~tak kiralah apa pun makanan yang kita ambil untuk menjaga kesihatan tapi ianya tak lengkap tanpa kita tunaikan setiap kewajipan yang Allah perintahkan terutama sekali SOLAT...
Maka sempena bulan pesta ibadah ni, jom kita sama2 perbaiki solat kita, perbaiki iman, akhlaq juga moga indah dan cantek disisiNya...jagalah amanah tubuh badan ini, peliharalah ia dengan solat dan amal juga makanlah makanan yang baik ^__^.
pss~sesiapa yang nak consume HERBALIFE untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan CERGAS sepanjang bulan RAMADHAN ni..boleh contact 0148394023
No comments:
Post a Comment