Sunday, May 4, 2014

ONE day HALF juz!

Bismillah.
Hari ni dah 4 Rejab 1435. Sepatutnya aku update entry pada 1hb. Tapi keadaan tidak mengizinkan. No problem. Nak share perkara baik tidak kira masa. kann?



Ramai yang share doa ni. Masuknya Rejab menandakan Ramadhan semakin menghampiri. Ramadhan akan tiba dan adakah kita sudah bersedia untuk menyambutnya ketibaannya?. Boleh jawab dengan hati masing-masing..hehe.

Entry aku kali ni, bukan lah nak syarah tentang persedian menyambut Ramadhan secara detail bagai. Tapi nak kongsi satu aktiviti yang aku rasa boleh di jadikan sebagai persediaan menyambut Ramadhan, malah konsisten InsyaAllah, setiap hari, sepanjang tahun.

ONE day HALF juz!. Ni sebenarnya yang aku nak share, yang tadi intro je. ^^.
Macam mana One day Half juz ni?? Adakah perlu baca half juz setiap hari seorang diri? No No No...
One day Half juz ni adalah nama group whatsapp yang aku join sekarang. Terpulanglah pada masing-masing nak bubuh nama apa yang penting baik dan melambangkan aktiviti tu, dan itulah antara target aktiviti group kami :) One day half juz!. Yang penting kekdahnya yang aku nak share.

Sekarangkan teknologi dihujung jari u olls. Segala bagai application ada. So, apa kata kita gunakan sikit untuk kebaikan :). Group yang aku join tu, serius aku tak kenal pun sapa mereka semua yang ada dalam tu, cuma ada beberapa yang dikenali sebab kawan sendiri. Jadi siapa-siapa pun boleh buat group macam tu, mungkin boleh apply pada ahli keluarga masing-masing, sesama adik-beradik, perform group sendiri. Satu inisiatif yang bagus untuk kita sama-sama buat kebaikan dan istiqamah membaca Al-Quran setiap hari. Tambah plak dah nak bulan puasa ni. Boleh mula dari sekarang. Perbanyakkan aktiviti.

Kaedahnya yang dilakukan secara berkumpulan atau berjemaah. Group yang di create untuk sama-sama jalankan aktiviti mengaji/membaca Al-Quran setiap hari, yang mana admin terutamanya akan update senarai nama dan page mana yang kita perlu baca setiap hari. Dan ahli group yang sudah menyelesaikan tilawah/bacaan/terjemahan akan update dalam group. Jadi, admin akan selalu update senarai sesiapa yang sudah dan belum selesaikan bacaan.

Ada beberapa syarat atau garis panduan bagi memudahkan dan memastikan selari dengan tujuan group ni. Antaranya....setiap ahli perlu baca 4muka surat setiap hari. Mengikut muka surat yang dah ditetapkan, dan bersambung setiap 4muka pada hari-hari seterusnya (admin akan update setiap hari supaya kita tak lupa) Setiap ahli dalam group perlu menghapdet status bacaan dalam group sebelum jam 12malam. Jika sekiranya tidak dapat menyelesaikan tilawah/bacaan pada hari ini, boleh inform pada admin, atau minta mana-mana ahli group yang lain coverkan part kita. Dalam group tu juga boleh update kalau ada aktiviti-aktiviti dahwah yang lain kat tempat masing-masing. Meniaga-meniaga buat group lain lah ye! Hehehe..

Owhhhh! sebelum terlupa, group yang aku join tu MUSLIMAH ONLY! hahha, jadi kalau yang lelaki-lelaki boleh create  untuk lelaki je, dan kalau ahli keluarga, mak ayah along angah de adik segala, boleh lah campur-campur kot. ^___^

Simple! Fun! Magical!

Sekarang aku cuma mahu kongsi kebaikan yang aku dapat dari cara tu. Dan aku rasa semua orang pun boleh dapat dan rasa benda yang sama. Bukan lah tak boleh buat sorang-sorang tapi cara berkumpulan ni sedikit sebanyak membantu kita untuk istiqomah dan konsisten. Dan secara jujurnya aku rasa, setiap hari aku akan berusaha selesaikan amanah tu. Dengan jujur. Kalau sebelum ni aku baca Quran tak tentu, kadang banyak, kadang sikit, kadang tak baca. Tapi Alhamdulillah dengan group ni, sesibuk mana pun, aku akan berusaha habiskan konsisten 4muka setiap hari, paling sibuk, plus surah-surah amalan harian.

Serius pada pendapat aku, group macam ni sangat membantu. Rata-rata ahli yang update, boleh on the go je, bagi tahu dorang kat luar dan minta ahli lain tengok kan surah dan ayat mana sampai mana. Takde alasan kan. MashaAllah!!Dalam 24jam setiap hari, berapa sangatlah masa untuk habiskan 4muka tu. Sentap jantung aku bila fikir balik. Terpulanglah berapa muka yang group korang nak baca setiap hari, biarpun sikit tapi istiqomah. InshaAllah.

Actually, aku pun invited by my bestfriend cikpuan HajarJamil untuk join group 'One day Half juz' ni. Masa tu aku dalam keadaan serba tak kena je kan dengan jiwa, doa sangat-sangat minta kat Allah, supaya damaikan jiwa raga dan hati aku. Zapp! Allah hantar jemputan tu ha. So,gift giver. Aku share ni untuk semua. Okay.okay~ itu saja macamana aku jumpa group tu. ^__^ 



Semoga kalian mendapat manfaat dari entry ini.
Semoga kita terus menjadi orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan menjadi generasi yang mencintai Al-Quran. Semoga Allah redha setiap langkah dan usaha kita. Wassalam.
Thank you.Thank you.Thank you <3


Wednesday, April 30, 2014

Ingat Allah sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Bismillah. Assalamualaikum.
Hari ni birthday aku. Saat aku rasa semuanya serba tak kena dalam hidup aku. Pagi-pagi celik mata hari ni, Allah hantar hadiah ni untuk aku. Hadiah yang sangat mengesan jiwa aku sebagai hambaNya. Bagai dituju-tuju dalam sanubari.

Cerita ni aku dapat dalam whatsapp group mengaji pagi tadi. Jadi aku nak kongsi hadiah ni untuk semua.Semua yang aku sayang...

Kisah budak kecil.Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-Jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah", "Anakku! bukankah sejuk keadaan diluar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun". Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini". Dengan merintih anaknya merayu, "benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih ayah".

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalan kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-Jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan kemari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi, namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ni hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak, Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa pun dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni, saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi di ketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi, belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama, lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu". "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Dibelakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka".

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat Allah sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! ALLAHUAKBAR!..

Allah selalu hantar hadiahNya buat kita, cuma kita yang selalu leka dan terlupa untuk memandang dan menghargainya. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat mereka yang share cerita ni dalam group pagi tadi. Terima kasih Allah, kerana mengingatkan aku bahawa Engkau sentiasa ada denganku. ...Terima kasih juga buat kamu-kamu yang mendoakan aku. Semoga Allah kurniakan segala yang terindah buat kalian dunia dan akhirat. Semoga Allah redha.

Saturday, April 26, 2014

Dia ada untuk kamu

Sayang...
Sedarlah dari lena mu yang panjang.
Dia sedang menunggu mu, sentiasa menunggu mu kembali.

Sayang...
Walau selama mana lena mu itu,
Tak kira sejauh mana tersasarnya langkahmu,
Dia sentiasa sedia mendengarkanmu,
Sentiasa merindukan rintihan dan aduan mu.
Tak pernah sedikit pun dia melupakan mu.

Sayang...
Walau semuanya pergi meninggalkanmu,
Dia takkan pernah membiarkanmu kurang walau sedikit pun.
Dia sentiasa ada menjagamu, sentiasa ada dengan mu.
Dia ada segalanya untukmu.
Kerana Dia sentiasa tahu, tahu apa yang ada di dalam hati mu, tahu setiap apa yang terbaik buat mu.