Bismillah.
Hari ni dah 4 Rejab 1435. Sepatutnya aku update entry pada 1hb. Tapi keadaan tidak mengizinkan. No problem. Nak share perkara baik tidak kira masa. kann?
Ramai yang share doa ni. Masuknya Rejab menandakan Ramadhan semakin menghampiri. Ramadhan akan tiba dan adakah kita sudah bersedia untuk menyambutnya ketibaannya?. Boleh jawab dengan hati masing-masing..hehe.
Entry aku kali ni, bukan lah nak syarah tentang persedian menyambut Ramadhan secara detail bagai. Tapi nak kongsi satu aktiviti yang aku rasa boleh di jadikan sebagai persediaan menyambut Ramadhan, malah konsisten InsyaAllah, setiap hari, sepanjang tahun.
ONE day HALF juz!. Ni sebenarnya yang aku nak share, yang tadi intro je. ^^.
Macam mana One day Half juz ni?? Adakah perlu baca half juz setiap hari seorang diri? No No No...
One day Half juz ni adalah nama group whatsapp yang aku join sekarang. Terpulanglah pada masing-masing nak bubuh nama apa yang penting baik dan melambangkan aktiviti tu, dan itulah antara target aktiviti group kami :) One day half juz!. Yang penting kekdahnya yang aku nak share.
Sekarangkan teknologi dihujung jari u olls. Segala bagai application
ada. So, apa kata kita gunakan sikit untuk kebaikan :). Group yang aku
join tu, serius aku tak kenal pun sapa mereka semua yang ada dalam tu,
cuma ada beberapa yang dikenali sebab kawan sendiri. Jadi siapa-siapa
pun boleh buat group macam tu, mungkin boleh apply pada ahli keluarga
masing-masing, sesama adik-beradik, perform group sendiri. Satu
inisiatif yang bagus untuk kita sama-sama buat kebaikan dan istiqamah
membaca Al-Quran setiap hari. Tambah plak dah nak bulan puasa ni. Boleh
mula dari sekarang. Perbanyakkan
aktiviti.
Kaedahnya yang dilakukan secara berkumpulan atau berjemaah. Group yang di create untuk sama-sama jalankan aktiviti mengaji/membaca Al-Quran setiap hari, yang mana admin terutamanya akan update senarai nama dan page mana yang kita perlu baca setiap hari. Dan ahli group yang sudah menyelesaikan tilawah/bacaan/terjemahan akan update dalam group. Jadi, admin akan selalu update senarai sesiapa yang sudah dan belum selesaikan bacaan.
Ada beberapa syarat atau garis panduan bagi memudahkan dan memastikan selari dengan tujuan group ni. Antaranya....setiap ahli perlu baca 4muka surat setiap hari. Mengikut muka surat yang dah ditetapkan, dan bersambung setiap 4muka pada hari-hari seterusnya (admin akan update setiap hari supaya kita tak lupa) Setiap ahli dalam group perlu menghapdet status bacaan dalam group sebelum jam 12malam. Jika sekiranya tidak dapat menyelesaikan tilawah/bacaan pada hari ini, boleh inform pada admin, atau minta mana-mana ahli group yang lain coverkan part kita. Dalam group tu juga boleh update kalau ada aktiviti-aktiviti dahwah yang lain kat tempat masing-masing. Meniaga-meniaga buat group lain lah ye! Hehehe..
Owhhhh! sebelum terlupa, group yang aku join tu MUSLIMAH ONLY! hahha,
jadi kalau yang lelaki-lelaki boleh create untuk lelaki je, dan kalau
ahli keluarga, mak ayah along angah de adik segala, boleh lah
campur-campur kot. ^___^
Simple! Fun! Magical!
Sekarang aku cuma mahu kongsi kebaikan yang aku dapat dari cara tu. Dan aku rasa semua orang pun boleh dapat dan rasa benda yang sama. Bukan lah tak boleh buat sorang-sorang tapi cara berkumpulan ni sedikit sebanyak membantu kita untuk istiqomah dan konsisten. Dan secara jujurnya aku rasa, setiap hari aku akan berusaha selesaikan amanah tu. Dengan jujur. Kalau sebelum ni aku baca Quran tak tentu, kadang banyak, kadang sikit, kadang tak baca. Tapi Alhamdulillah dengan group ni, sesibuk mana pun, aku akan berusaha habiskan konsisten 4muka setiap hari, paling sibuk, plus surah-surah amalan harian.
Serius pada pendapat aku, group macam ni sangat membantu. Rata-rata ahli yang update, boleh on the go je, bagi tahu dorang kat luar dan minta ahli lain tengok kan surah dan ayat mana sampai mana. Takde alasan kan. MashaAllah!!Dalam 24jam setiap hari, berapa sangatlah masa untuk habiskan 4muka tu. Sentap jantung aku bila fikir balik. Terpulanglah berapa muka yang group korang nak baca setiap hari, biarpun sikit tapi istiqomah. InshaAllah.
Actually, aku pun invited by my bestfriend cikpuan HajarJamil
untuk join group 'One day Half juz' ni. Masa tu aku dalam keadaan serba
tak kena je kan dengan jiwa, doa sangat-sangat minta kat Allah, supaya
damaikan jiwa raga dan hati aku. Zapp! Allah hantar jemputan tu ha. So,gift giver. Aku share ni untuk semua.
Okay.okay~ itu saja macamana aku jumpa group tu. ^__^
Semoga kalian mendapat manfaat dari entry ini.
Semoga kita terus menjadi orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan menjadi generasi yang mencintai Al-Quran. Semoga Allah redha setiap langkah dan usaha kita. Wassalam.
Thank you.Thank you.Thank you <3
Thank you.Thank you.Thank you <3


No comments:
Post a Comment