Bismillah.
Blog aku ni dah lama, tapi aku sangat jarang menulis. Kadangkala idea datang mencurah-curah sewaktu sedang berehat, makan, minum, memandu, mandi dan bersantai-santai. Seperti tidak sabar untuk diluah di dalam blog ini. Sudah terbayang-bayang apakah yang hendak dituliskan dan bagaimana bentuk penulisannya nanti. Dan, tiba masanya untuk menulis maka perasaan menjadi blurr. Eh. nak tulis apa?? perlu ke tulis? perlu ke luahkan apa yang aku rasa? perlu ke tunjuk semua tu? Tak kiralah sama ada di blog atau di facebook atau yang sewaktu dengannya.
Dari sisi aku.
Aku macam orang lain juga, ada perasaan ingin berkongsi rasa, suka, duka. Aku pun suka bergambar. Jujur, makanan pun aku ambil gambar bila mood aku baik la. Dengan angle dan pencahayaan yang menampakkan sedap gila makanan tu walau hakikatnya biasa saja. Dulu-dulu pernah la juga aku suka up types of selfies. Bila-bila aku rasa nak up di laman facebook, mesti ada soalan-soalan muncul, toink toink.. Betapa tak sampai hatinya nak up bila soalan tu berbunyi "Perlu ke upload gambar makanan ni?, eh kesian kot pada orang yang tak makan, tak dapat makan, tak ada duit nak makan". Bersyukur sudah.
Bila-bila aku nak up gambar dengan caption betapa aku sangat sayang pada mak dan abah aku, bertuahnya aku, aku akan terfikir, pasti orang yang dah tiada ibu bapa, yang broken family akan terasa sedih kerana post aku. Aku pernah bersembang dengan sorang kawan yang meluahkan, "Rasa happy tengok kawan-kawan dah kahwen, dah ada anak, tapi kadang-kadang rasa cemburu tengok dorang, asik post gambar macam dorang je yang bahagia".
*Gambar lauk-lauk dengan caption, "Alhamdulillah, en,suami yang masak hari ini, indahnya hidup berdua, makan ada orang teman, ily suamiku..". Kesian kawan yang baca tu, dah la duduk jauh perantauan makan nasi kicap telur mata seorang diri. Syahdu.
Pernah seorang kawan lama bertanyakan pada aku,"tak teringin ke nak ada anak?". Gila kau tak nak. See, belum post lagi yang menyatakan aku dah kahwin. Langkau soalan terus. Apa dia fikir aku belum kahwin sebab tak nak anak ke? Mungin lah tahap terasa aku ni lebih rendah berbanding orang yang dah lama berkahwin dan masih belum dikurnia cahaya mata. Apa perasaan mereka ni bila tengok orang lain asik bercerita tentang anak-anak yang comel lagi bijak pandai.
Bukan tentang gembira sahaja, sama juga bila rasa sedih dan marah, rasa nak luah biar semua orang tahu betapa terluka dan pedih jerihnya hati. Tapi apa yang kita dapat? Adakah hati kita rasa sangat puas dan tenang? Adakah masalah kita selesai?. Meluahkan dengan cara begitu membuat hati bertambah sakit, malu sendiri. Dan aku, memang suka soal-soal pada diri aku, adakah rasa bahagia aku akan berkurang bila mana aku tak upload dalam facebook atau tulis dalam blog tentang rasa bahagia itu? Adakah aku tidak bahagia kerana aku tak pernah upload gambar yang menunjukkan aku sedang bahagia? Adakah orang akan mengejek aku bila aku menceritakan sisi gelap hidup aku?
Bukanlah maksud aku salah untuk kongsikan sedikit rasa didalam hati gembira atau sedih. Atau apa saja yang kita rasa tentang sesuatu perkara, tetapi biar sewajarnya dan berkadaran. Aku bagi contoh, seorang kawan update status tentang anak dia yang comel telah sakit perut dan muntah-muntah, lalu berkongsikan cara bagaimana dia mengatasi masalah tersebut. Jadi ada manfaat disitu untuk ibu-ibu yang lain. Berbanding kau asik-asik show muka kau je dengan caption "hari ini kita pakai tudung warna biru." -__-'' Motif? Orang pun menyampah. Aku bagi contoh yang simple-simple saja ni. Memang tak menjadi salah pun untuk berkongsi tentang kehidupan kau. Hidup kau kan.
Cuma. Aku selalu merasakan, bila aku sedang gembira, ada orang sedang sedih, bila aku sedang sakit, ada orang lain yang lebih sedih dan sakit. Jadi tidak wajar aku nak tunjuk semua itu. Esok belum tahu diuji bagaimana. Dan aku selalu ingat kata-kata ni.
Prof. Dr Muhaya:
Prof. Dr Muhaya:
Jika kita terpaksa memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia..audit diri kita semula
Okay. Itu adalah dari sisi fikiran aku pada suatu ketika, kenapa aku jarang menulis, tidak menulis, dan membantutkan cita-cita aku untuk menulis. Akhirnya, blog sekali lagi terbengkalai dan tidak di-update sekian lama. Lama juga aku berfikir, tentang apa yang aku nak tulis dalam blog atau media sosial yang lain. Mungkin juga terlalu banyak berfikir.
Macam biasa aku timbulkan soalan-soalan bila aku nak update status atau gambar di laman Facebook, perlu ke aku tulis macam ni, perlu ke aku up gambar ni..motif??. Mungkin hal ini terjadi kerana sejenis aku yang tak suka nak berkongsi semua perkara pada umum. Jadi timbullah macam-macam jenis perasaan. Tambahan pula aku tak tahu nak mengarang panjang-panjang. Jadi aku selalu ambil pendekatan menekan butang SHARE pada post-post orang lain yang aku rasa baik untuk aku kongsi. Aku rasa ramai lagi orang macam aku juga kan.
Hahh cenggituh fikiran aku.
I learn the hard way. Jadi aku banyak habiskan masa aku dengan membaca dan berfikir. Ramai orang yang menulis dan berkongsi tentang kehidupan mereka. Kadang-kadang aku rasa tak perlu cerita pada orang. Tapi lepas aku melalui beberapa fasa kehidupan, rasa ada perlunya, mana tahu kalau-kalau ada cerita aku yang boleh menguatkan, memberi inspirasi. Belajar tentang kehidupan dari kehidupan. Semoga setiap yang kita tulis tu membawa sesuatu yang bermanfaat. Walaupun hanya satu ayat.
P/s: Ada orang yang menggunakan blog, facebook, twitter dan lain-lain, untuk pelbagai perkara, mengikut keperluan dan kepentingan masing-masing. Berkongsi sesuatu ilmu, catatan perjalanan, kisah hidup, bisnes, politik, kongsi resepi, dan macam-macam lagi lah. Terpulang pada minat dan keperluan masing-masing.
Sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh kongsi tentang kehidupan ni, tapi ada juga yang tak perlu. Bukan tak boleh kan? Cuma pilihlah apa yang kita nak kongsi tu dan bagaimana kita meng-express-kan sesuatu itu. Yang tak perlu tu kita simpan untuk kita saja.
Sebagai penutup entry ni.
Sebagai penutup entry ni.
Jom audit apa kita Taip di Facebook dan jaga apa kita Akan Taip sebab itu Akan menentukan timbangan kita di Padang Mahsyar. Jadi kan mati Perkara yang sentiasa kita ingat - Prof Dr Muhaya
Ok, nice start.. kikiki.. gaye komen mcm blogger femes emes plak kan.hihi
ReplyDeleteTerima kasih Mynn Sofea. :) will improve insyaAllah
Delete