Bismillah.
Syawal 6. Isnin. Masih ada mood raya.
Dalam musim perayaan ni ramai yang berkongsi tips bagaimana menjawab persoalan 'bila nak kawen','bila nak ada anak', 'bila nak tambah anak' 'bila nak kawen satu lagi' eh!
Macam-macam tips ada, yang bernas lagi bijaksana, tak kurang juga tips yang kurang bijaksini. Bila ditanya ada yang memberi jawapan yang kurang sopan, 'makcik nak mati bila', 'bila makcik nak cerai', 'makcik takde soalan lain ke'. Kebanyakkan yang tanya tu mokcik je pulak. Haha. Mungkin post macam tu hanya sekadar gurauan untuk dibaca sekali lalu. Tapi ada juga yang ambil untuk jadikan rujukan.
Mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ni, orang yang bertanyakan soalan ada 2 kategori:
➡👉 Sekadar bertanya,
Orang dalam kategori ni kebiasaannya bertanya sebab nak mulakan perbualan atau sekadar nak tahu, situasi dan keadaan kita. Orang kata sekadar nak borak-borak. Mungkin kalau kita dah ada plan dia senang nak amik cuti atau pun dia nak menabung buat belikan hadiah. Haha. Jadi toksah amik hati sangat. Biar bagai angin lalu je. Minta dia doakan. Mana tau kot dia ada calon nak bagi. 😁
👉 Kaki pereli
Kategori ni la selalu buat orang terasa. Biasanya orang2 yang dah tahu situasi kita, lagi mau tanya. Motif sangat kan. Kadang tu dia bukan tanya dia sentapkan terus je. 'Kawen la umur berapa dah tu..' 'anak aku nak masuk 2 dah, ko tak kawen-kawen lagi?.' Pereli ni pon ada jenis. (Kau tau sendiri la sejenis yang mana buat kau terasa atau tak).
Dari 2 jenis diatas, sebenarnya kita boleh bezakan samaada soalan tu ikhlas dan innocent atau berunsur perlian. Aku faham, orang yang menerima soalan cliche ni takde la nak terasa mana sangat. Tak salah nak tanya sebenarnya, cuma cara soalan itu dikemukan, the way they ask membuatkan orang terasa. Tapi bukan alasan untuk kita membalas dengan cara yang kurang sopan.
Ermm, Pada aku soalan macam tu biasa. 'Bila nak kawen' 'adik-adik dah kawen kakak belum lagi' 'Eh adik dulu sebelum kakak'. Alaa soalan cliche.
Siap ada tambahan lagi bila aku rajin post pasal anak-anak buah. 'Kawen la da kalau nak anak', 'Jangan kawen lambat-lambat nanti susah beranak' , 'kawen lambat nanti dah tua anak kecik2 lagi'. Aku diam. Senyum. Ala diam tu tak beerti kita ni sangat kesian. Kalau hati kita ikhlas, redha dan yakin pada Allah, tentang soal apa pun, takde apa yang akan jadi rungutan.
Eh! Tetiba rindu pula pada anak buah berdua orang tu. Anak adik-adik aku, macam anak aku la kan. Darah daging beb. Thanks pada adik-adik aku bagi peluang sayang anak-anak dorang. Kalau aku rindu, ada je dorang hantar gambar, video untuk aku.
Kalau ikutkan sisi hati aku yang tak murni ni, nak je aku syarahkan betapa ramai orang yang dah berkahwin masih belum direzekikan anak, namapun REZEKI, bukan kerja kita. u know what, memang dikurniakan jodoh dan berkahwin itu rezeki, dan belum berkahwin itu juga rezeki.
Kepada kawan-kawan yang belum bertemu jodoh, just be happy wherever u are. Setiap fasa kehidupan kita ada ujiannya tersendiri. Bersyukurlah pada apa keadaan sekali pun dan terus baiki diri kita. Enjoy life. Pergi la kelas-kelas agama ke, kelas memasak ke, apa-apa la. 'Asik keje je, taknak kawen ke'. Pulakkk dah..Haaa kalau korang dapat soklan cenggini takyah la sentap, dah memang kita belum kawen, kerja la kan. Haha. Takkan nak meratap pulak.
So, kalau dapat soalan-soalan cepu cemas cenggitu, korang jangan cemas, senyum jela. Haha. Then jawab je bebaik. Jagalah adab kita, takkan kerana soalan macam tu kita nak tambah dosa. Kalau soalan tu boleh buat korang nangis, korang nangis jela, biar makcik yang tanya tu kerayan. Haha. Kompom tak tanya dah. Hahaha.. Okay tu aku acah je, korang nangis la ngadu kat Allah. Matlamat hidup kita ni kerana Allah. Yakinlah percaturan Allah tak pernah silap. Semuanya tepat dan terbaik untuk kita.
Enjoy the moments of being single. Haha. Banyak benda boleh buat. Korang nampak tajuk blog aku kat atas tu? HIDUP PENUH CINTA. Belum kawen tu pun cinta dari Tuhan tau. 😘 Nanti sampai jodoh kita kawen la, semoga bertemu jodoh dengan orang yang sesuai dan terbaik dunia akhirat, berguna buat agama bangsa dan negara. Eh. TQ 😂
