Rabu. 1 Syawal.
Hari ni kalau scroll news feed facebook, penuh dengan gambar dan ucapan raya. Eh! dari semalam lagi la orang dah update ucapan dan gambar lemang bagai. Hehe. Sebab semalam sesi melemang, mengetupat, merendang dan sebagainya. 😂
Hari raya, adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa, walaupun terasa sebak dengan berakhirnya Ramadhan, Syawal tetap kita raikan. Memang patut kita kongsikan kegembiraan itu.
Kalau tengok fesbuk aku, memang jarang jumpa la ucapan-ucapan tak kisah la hari tu hari raya ke, hari ibu ke, hari bapa, hari tema apa bagaipun la.Kalau ada pun ikut mood la juga, birthday orang yang naik kt news feed aku ke. Bukan tak mengikut perkembangan semasa tapi entah la, aku post status, gambar dan apa-apa update ikut keperluan dan mood.
Benda ni terpulang pada pandangan dan keperluan masing-masing, ada orang rasa tak perlu pun nak post gambar bagai, ada orang menzahirkan kegembiraan dengan cara meng'update' di laman sosial. Terpulang cara masing-masing. Dan aku juga yakin dan percaya, orang-orang yang update di laman sosial tu sekadar untuk berkongsi kegembiraan mereka.
Aku suka juga bergambar, tapi jarang-jarang nak up, sekarang aku kearah untuk mengurangkan post selfies ke laman sosial. lebih lagi aku sejenis yang tak suka orang tahu banyak perkara tentang diri dan apa yang aku buat.
Yela, bagi aku tak semestinya tak up ucapan hari ibu kat fesbuk tak sayang ibu kita kan, mak aku pon takde fesbuk alkisahnya. Tak semestinya tak ucap selamat hari raya tak raya. Haha. Korang faham tak maksud aku? Kegembiraan itu bukan sekadar berkongsi gambar senyuman kita tapi ia lebih dari itu.
Apa-apa pun semoga apa yang kita post di laman sosial tu memberi kebaikan, dan walaupun kita tak kongsi gambar-gambar senyum comel kita di mana-mana pun bukan beerti kita tak bahagia dan gembira.
Okay lah, sekianlah bebelan sampah aku. Haha. Berapa kali tertidur daa nak siap entri bebel ni. Saje je nak update blog supaya takde la satu entri je setahun. Hahaha. Sekian.
*masa entri ni published, dh syawal 2 dh 😂 punya la lama nak siapkan satu pun. Oh my...
No comments:
Post a Comment