Bismillah.
Assalamualaikum.
Sape suka menabung angkat tangan!
Masa kecik2 dulu mesti korang semua ada tabung
kan?Mak,ayah,abang,kakak,adik or sape2 lah yang hadiahkan dengan tujuan belajar
menyimpan duit, biasanya masa tu simpan hasil dari baki-baki duit belanja
sekolah takpun orang bagi ke, sedara bagi ke, duit raya ke...kan.kan.kan?
hehehe
Amalan menabung ni dah diajar sejak kecik2 lagi kan.Macam
aku sendiri berapa biji tabung dah aku pun taktau la..-__-‘’ yang paling aku
ingat abah belikan tabung KFC yang ada bunyi2 bila masuk duit. Jadi disebabkan
aku sangat suka bila tabung itu berbunyi maka aku akan masukkan duit dan
keluarkan balik dan masukkan balik keluarkan dan masukkan…BHAHAHA…salah konsep
okeyh..jadi tak berapa penuh la kan.
Itu cerita kecik2.Bila dah besar camana plak??dah sekolah
menengah,masuk u, dah kerja?Dalam sebulan berapa banyak yang korang boleh
kumpul? Atau pun tak pernah kira pun sampai hujung tahun.Atau pun dah masuk
tabung, korek tabung jadi tak pernahlah nak bertambah kan..hehe..peel tu aku
buat juga camana la tabung nak penuh kan.. Maksud aku disini bukan la yang
korang simpan bulan2 dalam saving account bank yang potong dari gaji bulan2 tu…ini
cerita yang kecik2 dalam tabung tepi katil/dalam lemari/atas tibi. ^__^V
Aku nak share satu kaedah menabung yang aku rasa menarik. Kaedah ni aku belajar dari Mojah ataupun KakJah bukan nama sebenar.(nak tau PM aku).Hahhah!.Dia tahu dari kawan dia Encik Hanis..(ok dah.karang panjang pulak salasilah kekdah menabung ni)
Owh lupa.kekdah ni dinamakan Tabung RM1 ataupun aku bagi
nama Tabung Ajaib(ikut suka la nama apa janji jalan).Kekdah ni sesuai untuk
orang dewasa dan sangat fun!
Bagaimana?
1)Tabung. Ofcourse la kena ada tabung kan..kalau boleh
korang guna la tabung yang tak nampak isi dalamnya, kerana timbunan2 wang itu
akan membuat anda teruja!.Boleh je kalau nak guna botol2 ke apa kan.kitar2 semula je jimat.(aku guna botol herbalife..ngeee)
2)RM1. Yang kaler biru tu tau.mesti menggunakan duit kertas
RM 1. Nama pun tabung RM 1.heheheh.Kalau nak simpan note lain or duit syiling ke, guna la tabung lain..nanti dah tak jadi la tabung RM 1 kalau campur..-__-'
3)Masukkan ke dalam tabung.Okeyh2.setiap malam sebelum
tido korang buka beg duit/purse/wallet/dompet apa2 la yang korang guna..ambik
semua duit RM1 yang ada dan masukkan dalam tabung. Kalau macam aku biasanya aku
akan masukkan sebelum pergi kerja pagi-pagi..Tak kira la duit tu ada berapa keping
pun, masukkan semua dalam tabung.Baca Bismillah ye,semoga apa yang kita simpan itu ada berkatnya..Kalau 10, masuk 10, kalau ada 1 je masuk 1 je,
kalau takde, tak payah masuk. Mudah je kan. Ulang kekdah yang sama setiap hari.
^__^V.
Bila boleh buka?
Yang ni terpulang pada korang la. Nak tunggu seminggu ke,
nak tunggu sebulan ke…kalau aku sebulan sekali sambil hapdate dengan KakJah..Bila
dah di kira-kira aku akan ikat setiap 50 keping. Sangat teruja kot tengok duit
biru banyak.. Sangat mudah dan seronok kan?? Kalau korang nak guna kekdah ni
menggunakan note RM 5/RM 10 dan seterusnya pun boleh juga, terpulang la…tapi keterujaannya tak
la sama macam RM1 sebab dia lagi cepat dan banyak…bagi aku la kan…hehe....
![]() |
| ini adalah keterujaan [ihsan google] |
Jadi duit tu boleh la korang aim nak beli apa-apa ke
kan..hehe..kumpul hingga hujung tahun tengok berapa leh dapat…nak buat beli buku
ke, buat belanja kawen ke, makan ke…buat modal beli herbalife ke kan…topup2
mana yang kurang…apa2 la…takpun nanti nak bagi duit raya tak payah tukar kat bank
dah..kadang2 aku korek juga bila aku memerlukan duit pecah buat naik LRT..hihihi..
So..tujuan perkongsian ini adalah untuk memupuk minat
menabung. Tak kira la walaupun kecik nilainya tapi lama2 tak ke banyak
jadinya..boleh jadi hobi kan…terima kasih pada KakJah sebab kenalkan pada aku
kekdah ini. Thank you Allah.Thank you KakJah.
Semoga dapat manfaatnya ^__^V.

nais naisss hehe..semoga lebih ramai mendapat manfaatnya. marilah menabung! ^^
ReplyDelete